19 August 2013

AURAT !

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, dapat juga yana menulis entri kali ni..

harini yana nak bincang tentang satu topik yang mudah..

AURAT :)

apa itu aurat?


Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.
Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.

ramai yang tidak maklum bahawa aurat bukan sahaja aurat diantara insan yang berlainan jantina. (berdasarkan mazhab imam syafi'ie sahaja)

tak paham?

"let's take a look"

bismillah..


  • aurat wanita dengan lelaki bukan mahram: seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan. (Qaul ke dua)
  • aurat wanita sesama wanita Islam: pusat sehingga lutut. tidak boleh tidur dalam satu selimut. "even korang buddyz sekalipun"
  • aurat wanita sesama wanita bukan islam: seluruh badan kecuali yang umum terlihat ketika menjalankan pekerjaan rumah seharian, ertinya dalam batas menggunakan pakaian di rumah.(terdapat banyak pendapat)
  • aurat lelaki sesama lelaki: terdapat beberapa pendapat. yana ambil satu pendapat iaitu, sama auratnya dengan wanita dan tidak boleh tidur dalam satu selimut.
  • aurat lelaki sesama lelaki bukan islam sama seperti aurat lelaki sesama lelaki islam.
tetapi ada juga yang berpendapat, jika wanita Islam tadi bebas dari fitnah, maka wanita Islam tersebut batas aurat wanita Islam tadi adalah sama sahaja dengan wanita Islam atau wanita bukan Islam. Sebagaimana kata Ibn Utsaimin rh, pakaian tersebut hendaklah tidak ketat dan juga tidak nipis.

wallahualam..

*sebaiknya, tanya kepada ahli.. ini cuma ringkasan daripada beberapa pendapat yang dapat yana simpulkan.

sekarang yana nak jelaskan aurat bagi perempuan dan lelaki.



aurat perempuan..

situasi yang dapat kita lihat sekarang, ramai kaum hawa memakai pakaian yang membalut aurat dan bukan menutup aurat atau fesyen "separa jahiliah"

firman Allah s.w.t:

{وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}


Maksudnya: “{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}.” [An-Nur: 31].

firman Allah s.w.t lagi,

{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا} الأحزاب (59)


Maksudnya: {Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}.” [Al-Ahzab: 59].

pakaian muslimah yang betul 

1) Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
2) Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
3) Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
4) Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
5) Tidak berwangi-wangian.
6) Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7) Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8) Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.

pakaian muslimah yang salah "separa jahiliah"

1) Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
2) Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
3) Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
4) Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
5) Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
6) Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
7) Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.


Aurat lelaki..
 

Rasulullah s.a.w bersabda,

عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

((لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ)) [صحيح مسلم]




Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].


1. Sewaktu bersendiri :
auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.

2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram :
auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.

3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi :
auratnya ialah di antara pusat dengan lutut

4. Sewaktu menghadap Allah Swt(solat) :
auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

_________________________________________________________________

itu sahaja yang yana ingin bincangkan pada entri kali ini. ini semua hasil pertanyaan kepada ustazah dan ustaz serta rujukan dari beberapa blog. 

segala kekurangan dan salah mohon DITEGUR.

yana memerlukan pimpinan semua..

harap maafkan kesalahan yana.

si kacamata ^^

st0rying =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...