1.05pm
ada lagi sejam nak balik dari sekolah
*mengeliat
selak buku addmath..
alhamdulilah, separuh dah siap..
hasil tunjuk ajar dari Anis..
cikgu chow duduk dekat meja guru..
leka buat kerja dia..
*pusing belakang
dorang tengah sembang sambil buat nota biologi
'join dorang ah'
*bangun dari tempat duduk
"assalamualaikum, selamat tengahari cikgu chow"
aku lihat dua orang budak lelaki beriringan masuk ke dalam kelas
sambil memegang kotak tertulis "derma ikhlas"
*duduk kembali
ntah apa yang dorang cakap dengan cikgu chow
tapi nampak cikgu chow tersenyum..
kemudian cikgu chow mengeluarkan dompet lalu memasukkan sekeping not ke dalam kotak derma..
cikgu chow berdiri..
"listen here.. they collecting derma for hari pahlawan.. if you got any extra money, just drop.. "
dua budak lelaki itu mula berjalan di sekitar kelas
tidak kekok rakan sekelas mengeluarkan sedikit wang
rasa bangga mempunyai rakan sekelas begini..
ya..
bangga..
seperti ais kacang atau ABC
nampak macam simple tapi terkandung pelbagai perisa..
sangat sedap, tambah2 masa musim panas
begitu juga kami, pelbagai agama dan bangsa
melayu, cina, india dan eurasian..
*senyum
susah orang sekarang nak mengeluarkan sedikit sedekah
ya..
sedikit..
kita tak sedar..
harta yang kita dapat, yang kita perolehi
terdapat juga harta orang lain di dalamnya..
"alaaa, aku bukannya orang senang nak bagi sedekah dekat orang"
sedekah bukan bermakna kita hulur duit
bukan bermakna kita bina rumah free untuk anak yatim
bukan
kadang2 kita lupa..
senyum itu sedekah
doa itu sedekah.
kadang2 kita jumpa orang
selisih dengan orang
muka masam
orang nak tegur pown teragak2..
konon nak jadi ala2 WWE
*sigh
kita terlalu kedekut untuk berdoa
"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan sahabatku"
"eh! mana boleh. dorang lagi pandai dari aku nanti"
*sengih
kalau ada duit lebih tu sedekah lah..
10 sen pown tak apa
insyaallah, dengan duit yang kita derma bakal menolong kita nanti
kalau selisih dengan orang
senyum lah
buat iklan colgate sikit
kan bagus begitu..
derma lah doa sebanyak mungkin
doa dekat ibu bapa
"ya Allah, kau haramkanlah ibu dan ayah aku disambar oleh api neraka"
doa dekat keluarga
"Ya Allah, aku sayangkan mereka.. kau peliharalah hubungan keluarga ini. kau bimbinglah hati kami"
doa dekat sahabat
"Allahurabbi, kau maha pemurah. kau kurniakanlah rezeki kepada mereka, kau permudahkan lah urursan mereka"
doa dekat sesama saudara
"Allah, kau bantulah saudaraku di mesir.. bantu mereka pertahankan agama mu Ya Allah.. beri mereka ketabahan.. beri mereka kekuatan"
ops, lagi satu
apabila kita mendoakan orang lain, malaikat mendoakan diri kita
hebat bukan?
ayuh sedekah, semoga barokah
keep calm and trust Allah
helium voice..
*peringatan
blog ini sekadar perkongsian, sekiranya ada seebarang teguran, kritikan atau kesalahan.. mohon di tegur.
blog ini bertindak sebagai motivasi kepada yana sendiri dan insyaallah, kpd kita semua.


No comments:
Post a Comment