04 November 2013

kepada insan bergelar lelaki


LELAKI ...
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami asadullah,saifullah,
tokoh ramai tak terkira,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga , melindungi,
kini,
bila disebut lelaki ,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.

dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
al-mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
fatimah diperkosa minta di bela,
lelaki tunduk tak bertenaga .

dulu,
bila wanita di bawah jagaanya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas , binasa .

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu , dunia dan seisinya .

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad , tekun berdakwah ,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan , tenaga tidak di kerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah ,
al-farouq , zunnurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah.

kembali lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan madrasah rasul.



nurliyana rayyan 

No comments:

Post a Comment

st0rying =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...