31 December 2013

our time will come




lihat jam di tangan..

sudah menjengah pukul 2 pm

masih sempat agaknya..

cuba memerhati keadaan sekeliling..

rata-rata yang datang bersama keluarga menghabiskan sisa-sisa cuti..


perut yang memang minta diisi, dengan keadaan sesak kami memilih untuk makan di marrybrown..

aku menjaga tempat sementara menunggu sya meng"order" makan..

ada sepasang pasangan suami isteri yang sudah berusia mengambil tempat disebelah ku..

ruang kami hanya dipisahkan dengan dinding..

Masyaallah, indahnya apabila sudah halal..

aku tersenyum sendiri..

"assalamualaikum ukhti"

aku terkejut apabila tiba-tiba disapa..

namun segera menjawab salam yang dihulurkannya..

wajib hukumnya bukan? eheh

"ukhti kenal ana?"

aku mengerutkan dahi..

susah juga kalau nak buat tafsiran..

gadis yang tertutup indah, niqab menjadi pelindung diri..

aku melihat kerlipan matanya..

mata cokelat hazelnut, alis yang cantik menghiasi mata mengindahkan lagi bidadari Allah ini..

tapi otakku seakan-akan beku..

maklumat tidak dapat diproses..

perlahan tanpa sedar, aku menggaru kepala..

dia ketawa..

tersipu malu aku dibuatnya..

akhirnya, pengakuan berani mati aku buat

"maaf lerr, otak give up"

dia mengusap bahuku.. perlahan

"takpaa ukhti.. ana amalina.. satu sekolah dulu.."

reaksi time tu jangan cakap.. 

monyet atuk lagi cute dari aku..

"ukhti.. ukhti.. masyaallah, jumpa juga kita.. ingat after pindah sekolah terus lenyap"

"Allah yang aturkan pertemuan.. mungkin ada hikmah kita jumpa harini.."

"ukhti sihat?"

belum sempat menjawab, sya datang mencelah..

aku lihat ayam goreng dan bubur cendawan yang aku idamkan di atas dulang yang dipegang sya..

aku kenalkan sya dengan amalina..

seperti yang dijangkakan, riak muka sya lagi awesome..

aku cute lagi kowt.. ahaha

kami bertukar cerita sebelum masing-masing mengundur diri...



benarlah kata-kata amalina..

memang ada hikmah atas apa yang terjadi.

lafaz syukur aku ungkapkan..

hidayah Allah tu datang tanpa kita duga, tanpa kita sangka..

Masyaallah, amat aku kagum dengan aturanmu Ya Allah..

mula aku menyedari, aku amat kerdil..



untuk yang masih melangkah menuju ke jalan Allah, semoga istiqomah dengan setiap langkahmu..

abaikan setiap bicara manusia yang menghinamu..

yakinlah, Allah tu sentiasa ada.. tak pernah menjauhi kita..

Al Fatihah buat seorang lagi daie yang pergi meninggalkan kita bertemu yang Esa..

kak Adibah Khairy..

semoga Allah merahmati setiap perjuanganmu di dunia..

takziah buat keluarga dan rakan-rakan beliau..


kematian merupakan amaran yang paling hampir dengan kita..

jangan lupa surah Al- khafi kalian..

assalamualaikum..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

jangan pernah mengeluh dengan ujian Allah tapi bersyukurlah kerana Allah merindui kita..
segala salah dan silap mohon di tegur, segala pujian tidak akan dilayan.. heh

kepada adik Ahmad Syahidan, jangan pernah putus asa..
dunia tempat kita berjuang, syurga tempat kita melepas lelah

*entri kali ni agak skema ayatnya*

doakan kejayaan ana untuk menghadapi SPM pada tahun ini, semoga dipermudakan urusan dan maafkan segala kesilapan diri ini.. 

la tastalim







No comments:

Post a Comment

st0rying =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...