27 January 2014

"wanita vs tudung"

le owner


isnin 
27 januari 2014


turun dari motor

mengerling jam di dinding

6:30 pm

masuk bilik, letak bag

"penat"

akhirnya keluhan terukir jua di bibir

melihat buku yang tersusun di atas rak

menuntut ilmu juga merupakan perjuangan..

perjuangan menjadi insan yang berguna, untuk mendapat redha Allah..

*terok benor bermadah kali ni*

pergi dapur, capai pinggan

"..miauwww"

cik tam a.k.a voldermort datang mengesel

kucing yang unik

memilik bulu yang hitam..

teringat pula akan kisah Bilal..

insan yang teragung..

"adik, jom teman mak pergi kedai. beli barang dapur"

mak menyapa..

aku fikir sejenak..

jujur, amat penat..

dengan kelas, dengan kawad kaki yang doksah dok kabo lah

tapi kita sebagai anak, bukan selalu ibubapa kita mintak tolong. sekali sekala, apa salahnya..

*kenyit mata*

"oklah"

aku masuk ke dalam bilik, capai tudung bak usain bolt lajunya

acehh

tersedar, stokin tak pakai

terfikir sejenak

"alahai, kedai dekat je pun. orang tak nampak aih kaki aku. tak payah pakai lah."

aku terangguk-angguk..

namun kewarasan akal kembali mengetuk akal dan hati yang masih tak sedar-sedar diri yang kaki tu aurat.

satu tumbukan padu aku kenakan dekat muka sendiri

eheh.

peringatan! berani buat lagi.

mungkin syaitan terguling-guling menangis hiba. kalah mungkin ?

adios amigos! kali ni aku menang

*ketawa versi mute*

start motor.

sebagai pemandu yang berhemah, aku memandu membonceng motor dengan kadar kelajuan yang telah ditetapkan

*tu sebab mem besar dok belakang. kalau tak dah lama up tayar belakang, depan*

dengan izin Allah, sampai jugak dekat kedai..

masuk kedai, macam biasa 

time-time macam ni memang crowded lah..

aku capai keropok "super ring" dengan air kotak..

terus hulur dekat mak 

"macam biasa. kira kawtim lah.."

kenyit mata special dekat mat sambil angkat tangan ala-ala tabik hormat gituu

aku terus mengelak dari terlanggar orang dekat situ 

agak struggle nak keluar.. macam tin sardin.. *lap peluh*

tunggu dekat atas motor lagi best..

sementara menunggu, sempat aku meng"usha" sekeliling

kelihatan seorang wanita umur pertengahan memimpin anak keluar dari kedai, mengirim senyum.

aku macam biasa, senyuman darlie aku kasi

tiba-tiba ada motor berhenti.

wanita itu turun dari motor, tudung terhias indah menutupi aib diri. 

namun. kelihatan betis dan kakinya apabila itu berjalan..

macam biasa

syaitan kembali dengan misi dan visinya menghasut manusia sejak dari zaman Nabi Adam sehingga kini

pemikiran aku telah dihantar virus "suudzon"..

aku menggeleng kepala

beristigfar

"ni dah kenapa dok geleng kepala? pening fikir pasal dunia?"

mak menepuk bahu

erk, macam taw-taw je madam ni..

senyuman first class aku hadiahkan buat kekasih hati, si ibu pertiwi..

eh??

sampai je dekat rumah, aku dengan semangat mengisi pinggan dengan aneka juadah yang di sediakan..

dan alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan rezeki.

------------------------------------------------------------------------------------------------

kadang-kadang kita pelik tengok fesyen "wanita" kini..

bertudung tapi berlengan pendek..

bertudung tapi baju ketat, seluar sendat.

yess!

tudung is tudung, attitude is attitude

ini hujah yang sering kita dapat..

tapi ramai yang tak paham

"apa sebenarnya konsep tudung?"

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

*tarik nafas

*betulkan spec, betulkan tempat duduk

tudung bukan sekadar kain yang kita gunakan untuk tutup kepala or what so ever..

"function tudung kan menutup rambut?" lalola,29, planet marikh

tudung function dia yang sebenar ialah untuk menutup aib kita sebagai manusia.

"eh, aku mana ada aib. kutu takdak.. rambut pown cantik lurus menawan. memang the "boom" lah!" lerrr, 18, pluto

mana nak taw, leher tu ada panau ke..

*ketawa sopan*

"dik, cuba awak husnudzon. mungkin mereka taktahu. tak baik tuduh-tudunh macam tu" yana, 17, kedah

ok, mungkin ada yang taktahu 

so tugas siapa yang kena beritahu?

kita yang tahu lah!

amalkan amar makruf nahi mungkar dalam hidup..

oh, jangan lupa.. husnudzon!

----------------------------------------------------------------------------

kali ni punya entri memang banyak lack sebab main point bukan nak cakap pasal aurat tapi pasal wanita and tudung

kalau nak tahu pasal aurat,

 boleh visit my previous entri..

*cari sendiri ya*

cerita di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati..

perkara yang lepas, biarkan berlalu..

apa yang akan datang, biarlah story line gempak!

biar jadi "legend" gituu

ada salah dah silap, macam biasa..

mohon hentam..

secara sopan atau kasar akan diterima (cara halus akan di reject)

so, assalamualaikum.. adios amigos!








No comments:

Post a Comment

st0rying =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...