le owner
selagi jantung masih mengepam darah.
selagi hidup masih perlukan oxygen.
selagi paru-paru masih mampu berkerja.
selagi jari masih mampu tekan papan kekunci.
selagi hati masih berfungi.
selagi..
oh please, stop berfalsampah dear.
*standing straight*
as what i said earlier,
*aceehh*
selagi kita masih bergelar manusia, khalifah di atas muka bumi atau menerawang di atmosphere.
hidup kita sentiasa ada pilihan.
jom kita menyelam dengan lebih lanjut.
*hulur tangki oxygen*
bila kita nak keluar rumah, kita ada pilihan.
nak menuju ke tempat yang diredhai atau dimurkai.
apabila kita tweet, kita ada pilihan.
nak tweet benda yang baik atau sekadar menabur sprinkle fitnah.
apabila kita nak solat, kita masih punya pilihan.
ikhlas kerana Allah atau mak yang dok suruh.
bila nak makan, mestilah ada pilihan.
nak makan sebab dengki dekat orang atau memang sebab lapar.
dan tak lain tak bukan.
pilihan ke syurga atau neraka.
apa-apa pun, letakkan niat sebagai "main" things.
apabila niat tu betul, maka betullah tujuannya.
alaaa, macam alamat lah. kalau salah alamat, salah lah posmen tu hantar barang.
tak gituu?
kita muhasabah diri.
ini sahaja tinta dari insan pendosa.
nurliyana rayyan.
----------------------------------------kullu nafsin hadza minallah--------------------------------------------
assalamualaikum bakal penghuni syurga.
No comments:
Post a Comment