*le owner*
"jika aku jatuh cinta"
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
pada Mu.
Agar bertambah kekuatanku
mencintaimu.
Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya bertaut
pada Mu.
Agar aku tidak terjatuh dalam
jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling
daripada hati Mu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid
di jalan Mu.
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta
kekasih Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya,
bermunajat di sepertiga malam
terakhir Mu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih Mu,
jangan biarka aku tertatih
dan terjatuh,
dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepada Mu.
Ya Allah,
jika kau halalkan aku merindui
kekasih Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta
hakiki dan rindu abadi hanya
kepada Mu.
Amin ya rabbal alamin.
carilah cinta yang sejati, cinta yang mendapat keredhaan Allah.
kerana cinta itulah, yang membawa kebahagiaan hakiki.
semoga Allah merahmati kita.

InsyaAllah... Mudah-mudahan hajat dan hasrat dimakbulkan Ilahi... Dan semoga kita sebagai insan yang senantiasa mencari redhaNya dan mengejar ibadat kepadaNya...
ReplyDeleteIzinkan ana menjadi insan itu jika diizinkan... Maafkan diri ini.. Ana hanya ingin mengorak langkah ke arah itu.. InsyaAllah.. Izinkan ana menjadi sebahagian dari insan dlm hidup inaan semulia dirimu...
Maaf atas pernyataan hasrat ini...
Mohon diberi balasan tentang hasrat ini...
Fb: abdul hadi abd karim
Maaf.. Ana bukanlah insan yg tervaik.. Maaf...