17 April 2014

"next level"

sakura di korea kedah *le owner*




alhamdulilah



selawat dan salam buat jujungan besar.



sempat kerling sekilas blog sendiri semalam



membaca tiap-tiap bait dakwah yang telah disampaikan.



dah terlalu lama rasanya aku biarkan blog ni bersawang dengan pelbagai jenis sarang.



maafkan diri ini andai menyampaikan dakwah tanpa istiqamah dan tarbiyah.



menyedari hakikat bahawa aku terlalu leka mengejar ilmu dunia tanpa sempat menjalankan tugas sebagai khalifah.



dan sekalung ucapan maaf diucapkan andai tulisan di blog ni banyak menyampaikan perkara yang lagha.



jujur, aku sendiri masih bertatih. belum mampu untuk berlari mahupun berjalan di lapangan dakwah.



*lap ayaq mata*



"apa motif harini senarnya? banyak pulak dramanya. haih"
ujar dia kepada aku di dalam hati.



*garu kepala guna garpu*




teringat kembali akan soalan yang ditujukan oleh seorang adik manis yang ditemui ketika kami sama-sama menghadiri kelas teori tempoh hari.




sedang aku tercari-cari atau istilah lebih tepat "memunggah" barang di dalam beg.



tiba-tiba pintu surau di buka.



dua gadis melemparkan senyuman ke arah semua penghuni surau dan melabuhkan duduknya di sebelahku.





sempat aku memalingkan muka memandangnya dan menghadiahkan senyuman bak cetusan darlie expert white *eheh* kepadanya.




namun diendahkan.
aku sendiri seakan mengerti.




perasaan seorang niqabis.
perkara ruji rasanya.



buat kali kedua aku memandangnya.




dan dia melebarkan senyumanya.



lalu aku memecahkan kehinangan dengan menegurnya dulu.



*well. orang talkative. mana boleh tak dok diam. mau dwarfism agaknya*



dengan tanpa segan dan silu. bak batu konkrit setebal dinding squash aku menyapanya.



sedang kami dalam sesi ice breaking tiba-tiba dia menujukan satu soalan 
"kak yana, sejak bila start pakai niqab?"



mungkin agak janggal apabila insan yang baru dikenali kurang dari 30 minit bertanyakan soalan yang sedemikian.




mungkin sifat curiosity yang tinggi melebihi sifat waras yang ada.




"baru beberapa bulan dik" bertapa modesty cara aku menjawab. 




dia kelihatan terangguk-angguk
"akak sorang je dalam famili yang pakai ?"




tersenyum ala-ala lady bug bila dengar soalan ni. 



*mohon search you tube "how does lady bug smile" kalau takda. mohon jgn salahkan ambe*




"akak sorang je perempuan dalam adk beradik akak. yang lain semua pakat dok simpan janggut." ketawa kecil bak milimeter diluahkan.




kelihatan dia turut menahan ketawa.



baru aku ingin mengujarkan soalan




kami dipanggil untuk aktiviti seterusnya.




*meraup muka*



teringat pada saat aku mengorak langkah seterusnya, new level and chapter in my life.




usai ceramah yang disampaikan oleh ustaz khairy selama 4 jam, kami diberikan masa untuk rehat.



aku menuruti langkah sahabat fillah yang lain.



sempat aku berpaling ke arah gerai yang menjual pelbagai barang sunnah di pinggir masjid.



"mira, yana pergi sana kejap ya? nak usha line."



sempat aku memesan kepada mira.



takut nanti  aku dicari dan mencari.



kelihatan makcik tu dengan ramah melayan pelanggan.



mataku terpaku ke arah niqab yang bergantungan.



lantas aku bertanya " ni berapa ya?"



"45 ringgit je dik. ni double layer punya niqab. nak kurang pun boleh"



aku senyum.




"yana berkenan ke?" mira datang menyapa.




"eh, tengok dulu. " 




cantik melihat mira mengenakan pakaian sunnah.




seorang yang lemah lembut, pandai, dengar cakap parents, baik, semua pakej lengkaplah.




inversly proportional dengan aku.




aku mengeluarkan duit simpanan yang ada.




mengira-gira jumlah yang ada.




hanya rm40 yana ada. aku mengeluh kecewa.



aku bermain-main dengan tudung bidang 60 yang berwarna pink yang asalnya milik puan mak.



"takpa dik. boleh minta kurang. kita berniaga kerana Allah. tak salah nak berpakaian sunnah ni."



makcik tu bersuara.





aku menghulurkan duit yang ada.




aku masuk semula dalam masjid. ada sesi kedua yang hendak di mulakan.



"yana dah beli? kenapa tak pakai?" sekali lagi mira prihatin kepadaku.




tanpa segan silu, "yana tak reti lah mira"



"jom, mira tolong pakaikan." mira menarik tanganku. sekali lagi dan lagi dan lagi aku bersyukur ada sahabat macam mira.




bermula lah perjalananku. sebagai seorang niqabis.



option yang drastik yang pernah dilakukan.



alhamdulilah, tidak ada tentangan dari keluarga bahkan mereka menerima.



kena istiqamah. kerana aku bukan hnya memegang maruah keluarga tetapi juga agama.



*pejam mata rapat-rapat*


la tahzan inallah maana




asalamualaikum.
tinta pendosa.

nurliyana rayyan.


No comments:

Post a Comment

st0rying =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...