01 May 2014

"nikah"

*le owner*


aku membelek-belek buku addmath.



tajuk vector memang agak mencabar hati, nurani dan jasmani.



"sabar yarn. ini juga dikira jihad."



di "brainwash" oleh diri sendiri. 



tahniah wahai hati kerana mu telah sado dengan bergaya.



"assalamualaikum. maaf ustazah lambat"



kelihatan ustazah memasuki kelas.



setelah menjawab salam yang diberi, ustazah terus memulakan bicara.



"baiklah. harini kita akan belajar sub topic yang seterusnya. mas kahwin dan walimatul urus."



ustazah giat menerang sambil menyelit sedikit gurau di celah-celah ilmu yang disampaikan.



aku menyilang tangan sambil menongkat kerusi.



aku selesa memperlakukan sebegitu kerana pelajar lelaki berada di barisan hadapan.



manakala pelajar perempuan memenuhi ruang dibahagian belakang.



ustazah memang telah menyusun sedemikian rupa kerana bak kata ustazah, lelaki ni pemimpin. dalam solat pun mereka tetap mengetuai. 



sedang aku leka. ustazah menyapa



"comei, kamu dok piki (fikir) gapo? harga mas kahwin ya?"



aku tersipu sambil membetulkan duduk.



ed menahan ketawa di sebelah.



"yarn,berapa ribu ?"



"setanding harga i pongg"



aku membalas usikan tersebut.



"harap-harap time tu harga i pongg murah"




Qie pula mengusik.



aku hanya tersenyum. budak-budak ni makin di layan, makin parah.




--------------------------




"yarn. ada mamat kirim salam."



aku membalas salam yang diberi.



"tanak tahu ke siapa?"



Ed bertanya sambil menyimpul senyum bak kuih siput lagaknya.



"malas. tak penting"



aku membalas. ibarat tiada sekelumit perasaan curiga. 



"yarn, lepas peristiwa kau kena kacau haritu aku rasa dah wajib untuk kau nikah"



aku memandang ed. serius. 



"jangan merepek lah. cuba fikir, umur baru 17. ba.."



belum sempat aku membalas. Ed menyampuk



"yarn. Aisyah dulu masa kahwin dulu pun muda kan? tapi kita tak sedar yang perkahwinan yang akan mematangkan kita.


yarn, aku cakap sebab aku concern. kau kena kacau dekat luar,dekat fb/ twitter  jangan cakaplah. i don't know what really bother you lately and i don't know what.."



aku mematahkan bicara Ed.



"ed, i really really appreciate it. thanks because you concern about me but for sure there another solution for it"



"dear, i don't know how should i say it but once, listen to my advice. 


if there men come propose you and you sure that his a good man, please do istikarah. let Allah decided it and don't just keep in your mind. tell Allah everything. "



aku meraup muka. Ed mendepakan tangan dan menarik aku dalam dakapan.



"Ed~~"



aku memanggil Ed lembut.



"ya."



"busuk ah kau. pergi mandi. habuk (rabbit kesayangan) aku lagi wangi"



aku mengibaskan tangan sambil menutup hidung.



Ed membulatkan mata bak Heliza Helmi.


adehh, kalau HH tengok, conform resign.



"kau ni paku serpih jugak eh. cakap orang, dia yang lebih."



aku buat muka bersahaja. 




"tapi yarn, take serious about what i said earlier. you really need someone to protect you. i means to stop le guy to keep "kacau" kau."




"baaaaiiiiiikkkkk miss hidayah"




aku mengangkat tangan hormat. mengusik.




"yarn, kau tahu siapa yang kirim salam tadi? abang kau. dia telefon aku tadi, nak cakap ngan kau tapi kau tu haa. menghilang je keje. bila nak beli phone a.k.a telefon bimbit. aku saja nak bagi kau suspen tapi kau tu haa, syahdu sangat. bujet hot lah mak ngah"




dushhh. kena sejibik. 




"aku sayang kau jimbit. uhibbuki fillah ! "




ucap aku romantis sambil back hug Ed.




kalau nak jadi daie yang berjaya, kena ada sifat mad'u dalam diri.
memberi nasihat dan mencerna nasihat.



syukron alaik kerna sudi mentarbiyah hati ini.
wahai insan bernama "lelaki"



berusahalah menjadikan seseorang wanita itu halal buatmu. jangan kau sekadar menyentuh hatinya dan memberi harapan palsu yang tak bertepi.
jika kau benar-benar ikhlas terhadapnya, maka hulurkan salam dengan ikatan perkahwinan.


Islam itu mudah tapi jangan ambil mudah.



moga kalian dapat menjaga iman dengan bergaya. 




wallahualam.
sebarang salah dan silap sila tegur hamba.


@nurliyanarayyan

































No comments:

Post a Comment

st0rying =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...